Tuesday, May 1, 2012

^_*

di saat kesakitan;
ad dukhan menemani  :)

Sunday, April 29, 2012

terhantuk sebelum sempat berjuang :P

assalamualaikum..

semalam, 28/4..
bersih 3.0 diadakan di kl..
tp xpegi pun..rugi2..
huu..xsempat nk pergi dh ter'excident'..
haha..

ok la,xleh nk tulis panjang2..
kaki tgn masih sakit2..

entah mcm mana xbleh nk imbang badan,
boleh plak terjatuh kt jalan raya..mse nk turun bukit..
atau lebih dkenali mgkin sbg 'convest hill' bg bdak2 uia~

~ lmbt sari plak post..igt nk abadikan tarikh bersih 3.0 dlm blog nie..huu..xpe la..
~tabik lah kt smua y pergi..mcm2 komen tgk kt fb,twitter n youtube..
~tp,jgn terlalu pikir kita je y btul,n org lain salah..amik y mana baik,tinggal la y buruk.
~rmai org komen ckp pendemo bersih cmnie camtue..tp,jgn kerna nila setitik,rosak susu sebelanga..

ok lah..plz tlg doa moga luka2 sy cepat sembuh..penat jgn terseret2..huuu  ^^

Saturday, April 21, 2012

kenangan bersama..gogo


gogo nie kambing.
tp dia kwn baik sy..sgt2..
pas dia xde,hidup rse sunyi sgt2..

mse mula2 bli hndphone taun 2009,
first bnda y sy buat ialah amik gmba n video ngn gogo :)
mgkin dh xde org kot kt umah..
skrg dh hampir 4 taun dia xde..

xcident..

bila rse sunyi2.sorang2.rasa rindu sgt kt gogo..huu
em,smpai bila2 pun sy akn igt gogo,syg gogo..
xde sapa blh gnti gogo dihati sy..huu
n smpai skrg xbleh nk tgk kambing..rse nk dakap je smua.. :P

rse menyesal,tak peluk je gogo mse tinggalkan dia, nk g cfs dlu..
tak sangka akn tinggal selamanyaaaaa.. !_!





28-09-2009
-miss u gogo-

Friday, April 20, 2012

tak semua mampu dikongsi n difahami..

kenapa senyap ?
kenapa diam ?
kenapa tak kongsi ?
kenapa tak cerita ?

entah.
tak semua benda boleh dikongsi.
tak semua benda boleh diluah, boleh dicerita.
ada perkara perlu dihadapi dan ditelan sendiri.
diluah takut membuka aib,
dicerita takut dijaja kelak.

dengan manusia, lidah kelu, walau hati sangat ingin berbicara.
tiada kata mampu menzahir segala rasa.

denganNYA,
bibir kaku, tiada kata mampu terucap.
yakin, DIA sudah sangat tahu.
hati sebak, dada terasa berat.
yakin, DIA sudah sangat mengerti.
hanya doa terzahir,

” Ya Allah, berilah kekuatan, untuk menghadapi semua ini”

-----------------------------------------------------------------------------

tak mengharap untuk diambil berat tentang diri ini,
cukup hanya dengan cuba memahami..
bukan sengaja untuk menyepi..
namun ada perkara yang terjadi..
yang membuatku begini..

bila orang tanya,kenapa tak pergi situ dan sini,
tak tau nak jawab apa lagi,

sila tanya saya sendiri,
terima kasih daun keladi.. :)

wassalam..

Saturday, March 17, 2012

ku damba redhaMu





Devotees - Ku Damba Redha-Mu

Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhamu.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya...

Rap:
Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan

-dev0tees-

Sunday, March 11, 2012

kisah malik bin dinar..

assalamualaikum..

Pernahkah kalian mendengar kisah Malik bin Dinar? Seorang Tabi'in yang dahulunya hidup penuh dengan dosa dan noda tetapi akhirnya bertaubat dan menjadi hamba Allah yang sangat soleh.
Ia selalu menangis sambil menyebut, "Ya Rabbku, Kau sendirilah yang tahu penghuni surga dan penghuni neraka, lalu aku termasuk yang mana?
Ya Allah jadikanlah aku dari penghuni surga dan jangan Kau jadikan aku dari penghuni neraka"

Ia pernah berkata, "aku mulakan hidupku dengan sia-sia, banyak minum khamar dan berbuat maksiat. Aku zalim kepada manusia dan mengambil hak orang lain, makan Riba, memukul manusia dan bermacam-macam lagi. Tiada maksiat yang tidak pernah aku lakukan. Aku sangat jahat sehingga semua manusia menjauhiku"

Tetapi, satu hari, si Malik bin Dinar teringin untuk bernikah. Lalu dia mencari seorang wanita dan mengahwininya dan tak lama kemudian, dia dikurniakan anak perempuan yang dinamakan Fatimah. Semakin membesar fatimah, semakin Malik meninggalkan maksiat2nya. Malik berkata "mungkin Fatimah tahu kalau aku ingin minum khamar, lalu dia datang dekat padaku sehingga membuatkan aku menjauhi botol khamar itu" Setiap kali Fatimah bertambah besar, iman Malik kian bertambah dan semakin selangkah dia lebih dekat kepada Allah seterusnya dia semakin jauh meninggalkan maksiat.

Tetapi, pada suatu hari, ketika Fatimah berumur 3 tahun, dia meninggal dunia. Akibat terlalu sedih dan kecewa, Malik kembali kepada sikapnya yang asal malah lebih teruk. Sehingga suatu hari Syaitan menghasutnya dengan berkata "Mabuklah kau yang mana kau belum pernah mabuk seperti itu sebelumnya.." Maka Malik pun meminum khamar sepanjang malam. lalu dia bermimpi melihat dirinya pada hari kiamat.

Katanya, "Ketika itu matahari bertukar menjadi gelap, lautan bertukar menjadi api, bumi bergoncang dan manusia berkumpul berbondong-bondong. Muka2 mereka bertukar menjadi hitam kerana ketakutan. Kemudian aku mendengar namaku diseru. ketika itu tiba2 seluruh manusia tadi hilang tinggal aku keseorangan. Lalu datang seekor Ular yang sangat besar ingin memakan ku. aku berlari ketakutan untuk mengelak dari dimakan Ular yang sangat besar itu. Kemudian aku ternampak seorang lelaki tua lalu aku meminta pertolongannya. Lelaki tua itu berkata "aku sangat lemah, aku tak mampu tolong kau. Pergilah lari kearah ini mungkin kau akan selamat"

Lalu aku berlari kearah yang dikatakan lelaki tua itu. Ular itu berada dibelakang ku dan neraka berada didepan aku. Lalu aku terfikir apakah aku akan lari dari Ular itu dan masuk keneraka? Lalu aku segera kembali lari kearah lelaki tua itu dan ular semakin hampir dengan ku. Aku pun berkata kepada lelaki tua itu "tolonglah aku, selamatkanlah aku" Lelaki tu itu menangis dan kasihan akan ku lalu berkata "Aku pun lemah seperti yang kau lihat, aku tidak mampu melakukan apa-apa tetapi larilah kau kearah gunung itu mungkin kau akan selamat"

Aku pun berlari ke gunung itu dan ular sudah hampir menyambar aku. Lalu aku melihat diatas gunung itu ramai kanak-kanak kecil, mereka berteriak, "wahai Fatimah temuilah bapamu! temuilah bapamu!

Baru aku sedar rupanya Fatimah berada diatas gunung itu. Dia menolongku dengan mengusir ular besar itu. Ketika itu aku berada dalam ketakutan yang mendalam. Kemudian Fatimah berkata, "wahai bapaku, belumkah datang waktunya bagi orang2 yang beriman untuk tunduk hati mereka menginati Allah?" AKu bertanya kepadanya, "beritahulah kepada ku tentang ular besar itu" lalu Fatimah menjawab itulah dosa2mu wahai ayah. Dosa mu sangat banyak sehingga ia ingin memakan kau hari ini. Dan lelaki tua itu ialah amalan solehmu, kau telah melemahkannya dan dia menangis melihat keadaanmu hari ini dan tidak mampu melakukan apa2. Sekiranya kau tidak melahirkan aku, dan aku mati ketika masih kecil tentu tidak ada apa2 yang bermanfaat untukmu"

Aku pun terbangun dari tidurku sambil berteriak, telah datang wahai Tuhanku, telah datang wahai tuhanku!.. "Belumkah datang waktunya bagi orang2 beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah.."

Aku pun mandi dan keluar ke masjid untuk solat subuh, aku ingin BERTAUBAT, dan kembali kepada Allah. Ketika aku masuk masjid, si Imam sedang membaca ayat...

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah..
(Al-Hadid, 16)

...................................................................................

kisah ini diceritakan oleh sorang shbt saya dlm usrah kami..
credit to --> mukhlisotin :)
kisah taubat seorang hamba,
disini blh lah nk dikata xde istilah terlambat bg kita ntk berubah atau bertaubat,
selagi ada masa n nyawa, kita mampu ntk mengubah kehidupan menjadi lbh baik.

jgn terlalu sangkal dgn hari2 y berlalu,
pandang ke depan,
dgn mengambil kira sejarah lalu sbg sempadan..

igtlah,
x ada org baik y x ada masa silam,
n x ada org jahat y x ada masa depan.. :)

Tuesday, March 6, 2012

tawaduk

krn tawaduk org ditinggikan, krn sombong org direndahkan..

almamun berkata;
tidaklah org takabur, melainkan krn dia sendiri merasa kurang.
tidaklah org meninggi-ninggi, melainkan krn merasa rendah..

mahatma gandhi adlh contoh y masyhur ttg tawaduk!
kalau naik krta api, jarang dia naik d kelas tinggi,,ttp dia sekadar membeli tiket kelas ketiga. ada org bertanya, mengapa gandhi mmbeli tiket kelas ketiga?
beliau menjawab; krn tidak ada tiket kelas ke empat! :)

hiduplah ibaratnya padi,
dimana ia amsal bagi budi,

padi,kian meninggi,
kian menunduk..

itulah tawaduk..